Sejarah Ulu Kinta (kawasan persekutuan)

Kawasan Ulu Kinta terletak di timur negeri Perak.[1] Ia diciptakan dari Kinta Utara. Walaubagaimanapun, kawasan Ulu Kinta telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Kinta. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Ulu Kinta. Mereka ialah Chan Swee Ho dari Parti Progresif Rakyat (PPP), K. C. Chan dari Parti Perikatan dan Yau Hong Seh dari Parti Barisan Sosialis. Chan Swee Ho telah menang dan telah menewaskan dua calon lainnya, dengan mendapatkan undian sebanyak 6,996.[3]

Kawasan parlimen Ulu Kinta merangkumi Daerah Hulu Perak dan sebahagian mukim di Daerah Kuala Kangsar.[4]

Rujukan

WikiPedia: Ulu Kinta (kawasan persekutuan) http://www.singapore-elections.com/malaysia-electi... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-200... http://www.spr.gov.my/index.php/component/content/... http://web.archive.org/web/20160604045153/http://w... http://web.archive.org/web/20170325081127/http://w... https://archive.org/details/penyata-pilehanraya-um... https://web.archive.org/web/20160424120924/http://... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised...